Tentang Kami
Cerita Kami
POPPINGO ialah jenama makanan dan minuman yang diinspirasikan oleh cita rasa Korea dengan sentuhan moden untuk memenuhi selera tempatan. Kami percaya bahawa makanan bukan sekadar hidangan, tetapi pengalaman yang membawa keriangan, warna, dan kenangan manis untuk semua.
Sejak penubuhan kami, POPPINGO komited untuk menyajikan hidangan berkualiti tinggi, daripada street food Korea yang popular hingga ke pencuci mulut yang menyegarkan, semuanya disediakan dengan penuh kasih sayang dan bahan yang dipilih rapi.
Nilai Teras Kami
1.0 Kualiti
Kami hanya menggunakan bahan terbaik untuk memastikan rasa yang konsisten dan memuaskan.
2.0 Keaslian
Menyajikan citarasa Korea dengan resipi yang autentik dan kreatif.
3.0 Kegembiraan
Setiap hidangan direka untuk membawa senyuman dan mengeratkan hubungan antara pelanggan.
4.0 Mesra Pelanggan
Memberikan layanan yang mesra dan cepat untuk pengalaman makan yang lebih baik.